Srikandi Islam, Muslimah sejati... InsyaAllah
Terpanggil untuk buat entri ini yakni limited edition Bahasa Melayu supaya lebih mendalami~~
Siti Muslihah Bt Mohd Nor diberi nama, seorang muslimah yang selalu diberi ujian. Hati rapuh bab biskut yang terus lembik disentuh air namun jiwa kental bab processor komputer(eh, apa ni??) Aktif berukhwah (menurun dr arwah mak) demi kepentingan Islam, sampai adik beradik tidak dimanjakan.
Ada satu cerita yang terpahat di hati dengan kakak saya yang comel ini. Satu pengalaman yg x kn dilupakan mungkin. Satu sketsa yang both menjelaskn betapa cengengnya saya dahulu dan betapa kakak saya sangat komited dlm tugasannya.
Mengimbau kembali tahun 2008, semasa saya di tingkatan dua, saya dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalani program ESQ sebagai motivasi untuk saya yg baharu sahaja kehilangan arwah mak. Dipendekkan cerita, habis sahaja program tersebut, kami mengejar masa tiket bas yang bertolak pd paginya. suatu meeting faci2 ESQ tersebut tiba2 diadakan pd pagi tersebut. Oleh itu, kakak saya hanya memanggil teksi, muatkan barangan, then ckp "tlg hntr ke Stesen Bas Putra ye" "Syahmi jangan risau, nt sampai sana, trus cari no bas ini". Mungkin, saya agak ketinggalan kerana tinggal di kampung, pernah sahaja diri ini ke Kuala Lumpur tapi pastinya berteman. Itu adalah kali pertama menaiki bas seorang diri. Dan, saya masih ingat saya menangis kerana menaiki bas keseorangan sambil berfikir, "sampai hati kak ah...."
Ya, itulah juga yg diberitahu sahabat2 nya samada di sekolah mahupun di university. Beliau seorg yg memberi full commitment dalam tugasannya. Tergelak bila ingat balik satu video yg dibuat sahabatnya sempena hari jadi nya. "Mus ni kalau time tidur, makan ke apa ke, semua x de effect. tp klau ckp je ade meeting trus bangun and bersiap :D"
Banyak pula imbauanya, rindu la tu.... hehe
Dulu, antara topik perbualan kami "Bila la kakak saya sorg ni nk kahwin" "x nk kahwin ke" "lama la kak ah belajar, x puas ke"... soalan2 ni disenyapkn begitu sahaja,.
Namun, skrang dh tiba masanya untuk berpisah kerana beliau bakal berkahwin tidak lama lagi.
Moga ustaz dpt menjaganya dengan baik! :D
Perpisahan itu pasti dalam berbagai segi, namun yg pasti, moga kita dipertemu kembali, di dalam Syurga Ilahi.

No comments:
Post a Comment